Selama ni ingatkan muka je kena jaga. Rupanya rambut pun nak attention daripada kita.
1. Jenis rambut
2. Kekerapan basuh
3. Basic hair care routine
4. Do's and dont's
Bahagian 1
Ketahui jenis rambut ni penting sebab senang nak cari ingredients atau product line yang sesuai untuk korang especially shampoo dan conditioner. Jenis rambut yang aku maksudkan termasuklah tekstur, bentuk, ketebalan rambut, scalp health dll.
Untuk beginner kalau taknak pening-pening, aku suggest korang untuk tahu dua benda ni je: your hair shape & scalp health.
Hair shape: Straight, wavy, curly @ spiral.
How to check? Tengok rambut selepas kering. Jangan tengok lepas dah letak segala produk dekat rambut tu. Macam aku ada slightly curve, so aku wavy hair shape.
Scalp health: Oily, normal @ dry.
How to check? Selepas sehari basuh, cuba rasa kulit kepala tu. Haaa rasa oily? Awak ada oily hair. Kalau ada rasa flaky tu, awak ada dry hair.
Nak tahu lebih lagi? Baca sini.
Bahagian 2
Saranan aku, bila dah mula rasa kulit kepala berminyak, flaky dan tak selesa, sila cuci.
Bahagian 3
Mesti ada yang ingat basic hair care routine ni hanya shampoo dan conditioner. Jawapannya tidak.
- Shampoo
- Hair mask
- Conditioner
- Hair serum/oil
**Sila rujuk instruction belakang botol untuk cara penggunaan. Lain brand, ada lain cara~
Bahagian 4
Bab last sekali ni selalu orang anggap leceh. Tapi kena amik perhatian ya. Sebab kalau korang jaga semua ni, I bet dah takkan ada hair fall, breakage, frizz hair dll.
Do's ✅
1. Air dry rambut
2. Sikat rambut bila perlu
3. Sikat rambut mula daripada hujung
4. Guna protection sebelum nak style kan rambut (Cari heat protection spray/mist)
5. Trim hair regularly (6-8 weeks if nak maintain sama panjang, 8-12 weeks if nak get it longer),
6. Please please please go to hair treatment—Tak mampu sebulan sekali, pergi dua tiga bulan sekali pun okey
Dont's ❎
1. Jangan ikat rambut! Kalau nak ikat juga, make sure tak ketat sangat untuk elakkan a lot of pressures dekat scalp and friction. Use a hair claw instead of hair tie.
2. Jangan rub rambut pada towel untuk elakkan kusut dan rambut rosak
3. Avoid heat styling (termasuk keringkan rambut guna hair dryer)
4. Jangan sikat semasa basah! Kalau nak detangle, gunakan sikat yang bergigi besar.
My hair care tools:
Scalp/shampoo comb
Bamboo hair brush
Microfiber towel cap
Pautan berkaitan: My Current Hair Care Products
Selamat menjaga rambut!~
No comments:
Post a Comment