Knock, knock. Kali ni aku tunjukkan hair care routine aku (tidak berapa extensive dan tidak simple juga). Semua harga marhaen sebab masih B40. Sobsob. I might include some reviews as well.
1. Pre-shampooing (Pre-poo)
Comelkan bunyi? Sebelum shampoo, aku akan gunakan virgin coconut oil (vco) sebagai prep. In my routine, aku guna Tok Mak's Farm vco. Dah dua tahun aku beli konon untuk perut. Nasib baiklah kalau jaga elok-elok vco ni tahan sampai 3 tahun. Korang kalau duduk di kampung atau pinggir bandar, rajin-rajinlah cari vco ni. Bagus untuk rambut, kulit dan gigi.
Kalau korang nak cari produk yang sesuai untuk pre-poo, taip je "pre-wash treatment," "pre-shampoo oil," "pre-shampoo treatment." Nanti akan jumpalah yang sesuai dan kena dengan bajet korang.
Another recommendation:
2. Shampooing and conditioning ★
Inilah step palinggggggg basic dan penting. In my previous post, aku ada cakap tentang cara nak menyampu dan merapi. Sini: Hair Care Routine | Rutin Penjagaan Rambut
📣📣📣Ulang suara! Guna shampoo dan conditioner yang bahannya bagus untuk kesihatan dan jenis rambut awak. Saya ada extra conditioner untuk repair semula rambut dari akar kerana rambut berwarna dan kekurangan keratin. I used 3 Minute Miracle once or twice a week.
3. Hair masking ★ (Take note : Hair mask before conditioner)
Hair masking penting untuk kekalkan penghidratan and perbaiki kesihatan rambut. Hair mask ni sebenarnya kerja dia lebih sikit daripada conditioner—that is what we called "deep conditioning."
4. Hair tonic
To be honest, inilah first hair tonic yang aku pakai. Belum rasa nak upgrade lagi walaupun rasa tergugat tengok produk rambut Bella Khan tu (doakan Hana kaya hehe). Bestnya hair tonic ni, dia buat scalp aku rasa berangin. Sort of like a cooling effect? Bau pun wangi tau. Harga sangat affordable.
5. Heat protectant spray
NEEDS hair spray ada ingredients yang ada dalam kebanyakan hair oil seperti vitamin E, castor oil. Oh, dia ada keratin juga tau! Tapi disebabkan dia heat protectant juga, so aku consider this spray as heat protectant spray.
Apa yang aku suka sangat dengan spray ni? Selain conditioner, aku yakin spray ni juga yang membuatkan rambut aku lembut. Buat orang yang degil taknak air dry (lambat weh nak kering sejak berambut panjang), aku selalu spray produk ni on my damp hair sebelum keringkan guna hair dryer.
6. Hair serum/oil ★
Both hair oil membantu rambut aku nampak silky dan sihat. They did a great job on my hair, so no further comment/review. But, remember hair serum atau hair oil step penting dalam hair care routine.
1. Prevent excess/new breakage2. To prep our hair before shampoo3. Easier detangling process4. Remove dirts5. Keeping our hair moisturize6. Provide good nutrients to our hair
Nota kaki: Rambut aku dye, kering dan wavy.